Saturday, March 12, 2011
Allah always with us..
<center><a href="http://fullmusik.co.cc" target="_blank"><img src="http://fullmusik.org/guci.gif" border="0" /><br /><img src="http://fullmusik.org/music.gif" border="0" /><br /><embed src="http://www.hugedrive.com/published/WG/show.php?q=RlVMTE1VU0lL-9a219f97&mode=preview&file=MzM2" AUTOSTART=TRUE LOOP=TRUE WIDTH=0 HEIGHT=0 ALIGN="CENTER"></embed><br />Gratisan Musik</a></center>
Saturday, January 15, 2011
HIV AIDS
Sebenarnya masyakat kita tersilap pandang dalam hal HIV ini. Merujuk kepada pengetahuan dan ilmu-ilmu yang kami pelajari dalam bidang kaunseling, golongan HIV ini perlu mendapat sokongan dan dorongan untuk terus hidup di dalam masyarakat setempat. Golongan-golongan ini menjadi penghidap HIV kerana mereka telah terrperangkap di dalam emosi mereka sendiri. Akan tetapi dalam lubuk hati mereka terdapat suara yang mengatakan bahaa mereka ingin berubah dan perlukan sokongan. Jadi kita sebagai masyarakat perlulah menaikkan semangat mereka untuk berubah ke jalan yang lebih sempurna.
Di Malaysia, masyarakat kini menganggap bahawa HIV adalah penyakit yang boleh membunuh. Sesiapa yang terkena HIV akan mati. Adakah mereka tahu apa itu HIV sebenarnya? HIV itu adalah virus yang melemahkan sistem ketahanan badan sahaja dan tidak membawa maut. Apa yang kita selalu pandang dan lihat, orang yang menghidapi HIV mesti akan mati. Hakikatnya HIV tidak membawa maut kepada manusia. Penghidap-penghidap HIV yang kebanyakan maninggal dunia bukan berpunca dari HIV, tetapi ia berpunca dari penyakit sampingan mereka. Contohnya, seseorang itu menghidap penyakit HIV yang mana sistem immunnya telah lemah dan dia juga menghidap penyakit batuk kering dan peparu berair. Jadi, sistem immun seseorang itu tidak dapat menahan lagi penyakit batuk kering atau peparu berair walaupun penyakit sampingan ini telah banyak kali diubati. Penyakit ini akan terus merebak walaupun ianya telah banyak mengambil ubat-ubatan kerana ubat-ubatan akan dibantu oleh sistem immun dalam badan itu sendiri. Oleh itu, kebanyakan penghidap HIV meninggal dunia disebabkan oleh penyakit sampingan mereka yang telah merebak dan bukanya HIV itu sendiri. Jadi kami juga hendak mengigatkan kepada masyakat bahawa HIV tidak membunuh dan ia boleh dirawat dengan emosi untuk golongan penghidap HIV ini akan terus hidup dengan semangat. Apa yang perlu kita tahu adalah HIV ini akan berjangkit apabila:
-membuat perhubungan seks dengan pasangan yang menghidap HIV.
-berkongsi jarum yang digunakan untuk menghisap dadah bersama penghidap HIV.
-pertukaran darah dengan orang HIV.
-anak yang dikandung oleh wanita yang menghidap HIV.
Melalui pengajian dan program-program yang kami, mahasiswa kaunseling ikuti, seseorang itu tidak akan dijangkiti HIV jika :-Bersalam dengan penhidap HIV
-Berpeluk dengan penghidap HIV
-Bersin ataupun batuk dari penghidap HIV
-Gigitan nyamuk atau lain-lain serangga dari penghidap HIV
-Berenang bersama penghidap HIV
-Berkongsi perkakas untuk makanan yang telah digunakan oleh penghidap HIV
Dengan itu, kita tidak perlu bimbang untuk mendekati penghidap HIV itu sendiri. Apa yang perlu kita tahu, bendalir badan yang boleh menyebarkan HIV seperti air mani, darah, cecair faraj, dan susu ibu sahaja. Seseorang itu berisiko menghidap HIV jika dia adalah:
-Mempunyai ramai pasangan seksual
-Penagih dadah secara suntikan
-Pelacur
-Homoseksual
-Kakitangan perubatan
-mempunyai pasangan suami atau isteri yang menghidap HIV.
Jadi, inilah saranan kami terhadap masyarakat bahawa HIV tidak membunuh dan golongan yang menghidap HIV perlu dibantu untuk mereka terus hidup dengan aman dan bahagia.
Wednesday, January 5, 2011
Jenis dadah (KANABIS)
Kanabis adalah sejenis ganja yang boleh diperolehi daripada bunga dan daun-daun pokok Indian Hemp Cannabis Stiva. Pokok ini ditanam untuk mendapatkan dadah walaupun ia juga didapati tumbuh liar di kawasan-kawasan beriklim panas di Asia, Mexico, Afrika, dan timur Tengah.
Jenis Kanabis:
a) Kanabis Herba
Ia dikenali sebagai ganja, Marijuana/ Garass, Pot/Weed, Bhang, Kif, Takrouri dan Dagga. Knnabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok dan sate. Ia menyerupai tembakau awalaupun lebih hijau.
b) Resin Getah Kanabis (Hashish, Charas)
Resin getah kanabis adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan, dikeringkan dan dibakar, dan kemudiannya dijadikan blok serbuk (powdery block) ataupun kadang-kala dicampur dengan lilin. Warna blok serbuk berbeza daripada colat muda ke hijau, coklat tua ke hitam. Kebanyakan hashis berasal daripada Timur Tengah. Bagi Kanabis Herba, ia dihisap dalam rokok, paip, atau digunakan sebagai salah satu bahan makanan. Biasanya digunung dengan daun nipah atau kertas rokok dengan kedua-dua hujungnya digentel-gentel. Ini dinamakan Budha Stick atau Reefers dan ia menyala lebih terang berbanding rokok tembakau. Kanabis Herba ini digunakan oleh orang-orang Timur Tengah sebagai ganti alkohol dan ia dimakan bersama kacang atau madu sementara itu minyak Hashish pula biasanya dicampurkan dalam minuman.
c) Minyak Hashish
Ia merupakan minyak tar dan ia dihisap bersama rokok atau ganja. Ia diperolehi melalui bahan kimia yang dijalankan berulangkali keatas ganja atau hashish. Ia juga tidak larut didalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terkena udara. Hanya setitik minyak Hashish sahaja boleh mendatangkan kesan halusinasi kepada pengguna.
Tuesday, January 4, 2011
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN
Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15/9/98 mengikut Akta A 1025.
JENIS DADAH | SEKSYEN | KESALAHAN | BERAT DADAH | HUKUMAN/DENDA |
Ganja | 6 | Memiliki | Ke bawah 20gm | RM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
39A (1) | Memiliki | 20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm | Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali. | |
39A(2) | Memiliki | 50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm | ||
6B | Menanam pokok ganja | Tidak kira berapa pokok | Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali | |
39B | Mengedar | 200gm ke atas | MATI | |
Candu | 9 | Memiliki | Ke bawah 100gm | RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
39A(1) | Memiliki | 100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm | Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali. | |
39A(2) | Memiliki | 250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm | Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. | |
39B | Mengedar | 1000gm | MATI | |
Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine | 12(2) | Memiliki | Ke bawah 2gm | RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
39A(1) | Memiliki | 2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm | Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali. | |
39A(2) | Memiliki | 5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm | ||
39B | MENGEDAR | 15gm ke atas | MATI | |
Ubat Batuk | 9(1) | Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar | - | RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya |
Pil | 30(3) | Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar | - | RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya |
Syabu | 12(2) | Memiliki | Kebawah 5gm | RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
39A(1) | Memiliki | 5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm | ||
39A(2) | Memiliki | 30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm | Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. | |
39B | MENGEDAR | 50gm ke atas atau lebih |
Dadah Di Malaysia
JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN MALAYSIA
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian dan pemerhatian keatas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-
1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
Pengenalan Dadah
PENGERTIAN DADAH
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Dadah juga boleh memberi kesan negatif terhadap seseorang penagih dadah.
JENIS DADAH DARI TUMBUHAN NARKOTIK
PAPAVER SOMNIFERUM ( pokok popi yang boleh menghasilkan o-pi-at.)
Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahanbnarkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubat penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat patah tulang ataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit.
Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu Papaver Somniferum. Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan mengeluarkan (getah sejenis alkaloid yang bernama o-pi-at )dan kemudiannya dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang kebanyakkannya berwarna perang. Kini candu mentah boleh dihasilkan secara sintetik dengan mengeluarkan alkaloid tersebut daripada pokok popi tua yang kering. Candu mentah ini, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan alkaloid iaitu:
-Kumpulan pertama : Morfin dan Kodeina
-Kumpulan kedua : Papaverin dan Noskapin
Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan
narkotik kumpulan pertama khususnya morfin.
Jenis Narkotik
Jenis narkotik umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis Morfin dan Kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya terdiri antara 4% hingga 21%. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih. Kegunaan Morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan. Alkaloid candu lain ialah Kodeina. Kandungannya agak rendah iaitu 0.7% hingga 2.5%. Kebanyakan Kodeina kini diperolehi daripada Morfin itu sendiri dan didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya dalam perubatan agak meluas berbanding morfin khususnya sebagai ubat batuk.
Bahaya Narkotik
Penggunaan narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat pengesahan pakar perubatan. Penyalahgunaan dadah terjadi apabila narkotik disalahgunakan dengan pelbagai kaedah yang merbahayakan. Ini termasuklah dengan menyuntik ke dalam vena (intravena), dipanggil saluran utama oleh penagih. Ada juga yang menyedutnya melalui hidung dan dihisap seperti
rokok.
rokok.
Seseorang penagih itu boleh dijangkiti pelbagai penyakit khususnya akibat perkongsian jarum suntikan yang kotor dan berulang-ulang. AIDS, Hepatitis serta keracunan darah merupakan penyakit yang sering berlaku. Apabila narkotik digunakan berulang kali ia menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlukannya setiap hari. Lama-kelamaan seseorang itu akan merasa terikat kepada narkotik tersebut dan seterusnya menjadi ketagih.
GANJA DAN HASHISH
Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak tempat. Nama santifik tumbuhan ini ialah Canabis sativa, dan ada juga yang terdiri daripada jenis canabis indica. Ia juga dikenali sebagai marijuana dan marihuana. Marijuana berasal daripada perkataan Portugis iaitu mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.
Pokok cannabis banyak ditanam di kawasan negara Asia, mexico, Afrika dan Timur tengah. Cannabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Antaranya ialah kanabinol, kanabidiol, asid kanabinolodik dan sebagainya. Bahan yang memberi kesan penagihan ialah tetrahidrokanabinol ataupun THC.
Pada suatu ketika dahulu, dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan sebagai ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan (antigelugut), bila keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik atau tiruan diperkenalkan dan sekali gus menggantikan penggunaan ganja dalam perubatan. Pada masa inilah, ganja mula dikenalpasti sebagai sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan.
Hashish pula ialah nama dadah kanabis yang digunakan di negara-negara Asia Barat. Kandungan THC adalah tinggi. Hashish diperbuat daripada bunga ganja dan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk bebola, ‘kek’ dan kepingan yang berbentuk cecair likat yang terhasil daripada pengekstrakan kanabis.
Bahaya Kanabis
Kanabis selalunya dihisap seperti ganja. Daunnya dihancurkan dan digulang seperti rokok. Apabila dihisap, asap ganja yang disedut itu akan turut mempengaruhi paru-paru seperti juga asap rokok. Kesan awal pada penagih ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan mulut serta tekak akan berasa kering. Ini diikuti oleh rasa sejuk di hidung, kaki dan tangan. Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan. Seterusnya mereka akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.
KOKAIN
Kokain adalah berasal daripada pokok Erythroxylon coca yang tumbuh 1000 kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes. Pada zaman dahulu daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia, Chile dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan. Pes yang diperolehi daripada daun coca ini dijadikan bahan asas yang kemudiannya diproses menjadi kokain hidroklorida. Bentuk kokain yang terhasil ialah daun koka, pes koka dan kokain.
Dalam bidang perubatan kokain digunakan sebagai ubat bius serta untuk mengecutkan saluran darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan serta pembedahan kecil. Kes penyalahgunaan kokain kebanyakkannya berlaku di Amerika Syarikat. Kokain yang dijual secara haram dan meluas merupakan sejenis serbuk putih yang telah dicampurkan dengan bahan lain seperti lactosa. Biasanya dadah ini diambil dengan cara menghidu atau melalui suntikan.
Bahaya Kokain
Lazimnya dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal yang kuat dan akut. Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai dadah reaksi kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang lain tanpa perasaan malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap ke badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan, penyakit sawan mungkin berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan dan sesak nafas.
HALUSINOGEN
Dadah Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ‘ilusi’ hingga amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan khayalan. Dadah ini, terdiri daripada beberapa jenis dadah yang boleh diperolehi daripada sumber semulajadi atau daripada tindakbalas kimia. Di antara dadah ini termasuklah:
- Ganja,
- Cendawan Amantina dan Psilocybes,
- Biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacea),
- Kulat Claviceps purpurea,
- Biji buah pala (Myristica frangrans)
- Kaktus Peyote (lophophorawilliamsii)
- Biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacee)
Dadah Halisinogen yang utama ialah Lysergic acid diet hylamide (LSD). LSD adalah bahan kimia sintetik yang terhasil melalui pencirian kimia ke atas alkaloid ergot. Ergot adalah sejenis kulat Claviceps purpurea yang tumbuh di atas tumbuhan Rye. Kesan Halusinogen oleh alkaloid ergot terhasil melalui penghalangan dadah semulajadi ini ke atas sistem serotonin.
Dadah dari cendawan Amanita muscaria dan Psilocybes mexicana telah digunakan sejak berzaman sebagai halusinogen. Dua jenis dadah yang dikenalpasti terdapat dalam A. Muskaria iaitu moskimul dan asid ibotenik. Ia juga mengandungi sejumlah kecil muskarin. Antara kesan toksik muskarin termasuk rasa mual, muntah-muntah, pengecilan anak mata, penurunan tekanan darah dan denyutan jantung. Cendawan dari kumpulan Psilocybes mexicana mengandungi bahan halusinogen yang dikenali sebagai psilosen dan psilosibin. Psilosin dilaporkan mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding psilosibin. Kesannya adalah rasa mual, mengantuk, penglihatan kabur serta kesan halusinasi.
Selaput dan biji buah pala (Myristica fragrans) boleh menghasilkan kesan halusinasi yang sederhana dan melalui bahan kimia yang dikenali sebagai miristisin dan elemisin. Dos toksik buah pala dianggarkan sebanyak 5-15 gram (1-3 biji) dan kesannya boleh dilihat 3-6 jam selepas dimakan. Kesannya termasuk rasa mual, muntah dan ganguan terhadap sistem saraf pusat. Pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan penurunan suhu badan yang banyak. Dalam masa 24 jam seseorang akan menghadapi kesan halusinasi yang tinggi.
Biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacee) mengandungi ergine, isoergine dan beberapa sebatian yang berkaitan. Kesan halusinogennya menyamai kesan dari penggunaan LSD. Antara kesan-kesannya ialah penurunan tekanan, midiriasis dan peningkatan degupan jantung.
Kaktus Peyote (lophophorawilliamsii) pula mempunyai bahan kimia yang dikenali sebagai meskalin. Ianya digunakan dalam bentuk segar ataupun yang telah digunakan dan terdapat 6% meskalin di dalamnya. Penggunaannya akan mengalami halusinasi pendengaran dan penglibatan. Taburan kaktus ini hanya terdapat di benua Amerika dan Mexico.
Bahaya Halisinogen
Kesan buruk utama yang dikenalpasti pada ibu mengandung ialah boleh menyebabkan keguguran kandungan. Ini disebabkan oleh pengucupan yang kuat terhadap otot licin terutamanya di dalam rahim.
Subscribe to:
Comments (Atom)








