Wednesday, January 5, 2011

Jenis dadah (KANABIS)

Kanabis adalah sejenis ganja yang boleh diperolehi daripada bunga dan daun-daun pokok Indian Hemp Cannabis Stiva. Pokok ini ditanam untuk mendapatkan dadah walaupun ia juga didapati tumbuh liar di kawasan-kawasan beriklim panas di Asia, Mexico, Afrika, dan timur Tengah.

Jenis Kanabis:

 a) Kanabis Herba
     Ia dikenali sebagai ganja, Marijuana/ Garass, Pot/Weed, Bhang, Kif, Takrouri dan Dagga. Knnabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok dan sate. Ia menyerupai tembakau awalaupun lebih hijau.

b) Resin Getah Kanabis (Hashish, Charas)
    Resin getah kanabis adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan, dikeringkan dan dibakar, dan kemudiannya dijadikan blok serbuk (powdery block) ataupun kadang-kala dicampur dengan lilin. Warna blok serbuk berbeza daripada colat muda ke hijau, coklat tua ke hitam. Kebanyakan hashis berasal daripada Timur Tengah. Bagi Kanabis Herba, ia dihisap dalam rokok, paip, atau digunakan sebagai salah satu bahan makanan. Biasanya digunung dengan daun nipah atau kertas rokok dengan kedua-dua hujungnya digentel-gentel. Ini dinamakan Budha Stick atau Reefers dan ia menyala lebih terang berbanding rokok tembakau. Kanabis Herba ini digunakan oleh orang-orang Timur Tengah sebagai ganti alkohol dan ia dimakan bersama  kacang atau madu sementara itu minyak Hashish pula biasanya dicampurkan dalam minuman.





c) Minyak Hashish
    Ia merupakan minyak tar dan ia dihisap bersama rokok atau ganja. Ia diperolehi melalui bahan kimia yang dijalankan berulangkali keatas ganja atau hashish. Ia juga tidak larut didalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terkena udara. Hanya setitik minyak Hashish sahaja boleh mendatangkan kesan halusinasi kepada pengguna.

No comments:

Post a Comment